KCFM Radio

Wednesday, June 09, 2010

N@N@

Nana, the first girl I ever met in Langkawi in 2000. Camerons's girl and she's stays in Tanah Rata, Camerons Highlands. She was a lovely girl, very cute one persons.

Persahabatan dia dengan aku memang akrab, sehinggakan dia sanggup meninggalkan rakan-rakannya semata-mata hendak berjalan dengan aku. Sehinggalah satu masa aku terpikat dengan cara dan tingkah laku dia.

Malam itu waktu pertemuan aku dengan dia dengan tiada ditemani oleh orang lain aku ada menyatakan kepadanya bahawa aku amat suka padanya tetapi aku tidak menanyakan kepada si dia mengenai perasaannya kepada aku. Tetapi pada malam itu aku mengatakan bahawa pada perasaan aku dia memandang aku hanya sebagai KAWAN lalu aku bercakap padanya "Lebih baik kita menjadi KAWAN sahaja".

Keesokannya ia seolah-olah hendak melarikan diri daripada aku. Sehinggakan ia tidak mahu berjumpa dan bersembang dengan aku.

Apa sudah terjadi?? Adakah ia terasa dengan pernyataan aku pada malam itu? Apakah ia ingin mengelakkan CINTA itu terjadi antara kami berdua? Apa yang diselindungkannya?

Sehinggakan hari ini aku berasa amat bersalah atas pernyataan aku. Maafkan aku. Seandainya aku dapat bertemu muka dengan si dia aku ingin memohon keampunan yang amat sangat daripadanya.

Tuesday, May 25, 2010

4 Tahun

Empat Tahun Sudah Aku Melibatkan Diri Di Dalam Site Ini.

Saturday, May 01, 2010

Mimpi

pernah sudah aku berceritakan pada semua tentang mimpi yang akan menemukan aku dengan seseorang. sebelum ini dua kali aku bermimpi sedemikian, namun kali ini aku bermimpi dua kali lagi. bukan dengan orang lama, bukan insan yang bernama "sue", seorang insan yang tinggal sekampung denganku, insan yang aku mengenalinya pada awal tahun 2004 dan aku pernah membawanya dari rumah ke hospital tanpa memakai topi keledar. namun aku tiada menyimpan hati terhadapnya, namun sekarang sebaliknya yang terjadi,

bercerita tentang mimpi tadi. jikalau aku bemimpi, aku akan bermimpi pada malam jumaat, hari sabtu pada minggu berkenaan baru bertemu dengan si dia, namun sekarang sekiranya aku bermimpi malam ini, keesokannya aku berjumpa dengan si dia.

lalu aku berjumpa dengan si bomoh berkenaan. dia mengatakan bahawa makhluk halus yang mengikuti aku sebelum ini hanya mahu berkawan dengan aku, disamping itu dia memberikan petanda bahawa aku akan bertemu dengan seseorang yang amat aku rindukan.

tetapi di dalam hati aku ini amat memikirkan sesuatu perkara yang sedang aku alami dalam hidup aku, aku seolah-olah telah sesat, tiada bertemu jalan pulang ke tempat asal aku, aku sering bertanya kepada diri aku siapakah orang yang amat aku rindui, orang yang amat aku sayangi,

sampaikan aku tak bisa meluahkan perasaan aku kepada sesiapa pun ..

Thursday, February 11, 2010

cerita terbaru

baru baru ini aku ada pergi berjumpa dengan seorang bomoh ... aku bertanyakan pada si dia mengapa aku berparut di belakang leher aku ... semakin hari semakin panjang .. sudah 5 tahun berlalu namun aku senyapkan sahaja ... tetapi bila aku berjumpa dengan si bomoh berkenaan dia berkata "ada orang marahkan kau nih. habis berparut belakang kau. ada kau pernah masuk ke dalam hutan ?" tanya si dia.

aku berkata "aku kan kaki pancing. memang biasa aku masuk ke dalam hutan" lalu dia berkata "engkau terlanggar rumah orang. sebab itulah dia marahkan kau, " kata bomoh berkenaan.

"boleh cuba ubatkan setakat mana yang termampu," kata aku.

"boleh," bomoh menyatakan persetujuan untuk cuba mengubati kelukaan aku lalu dia pun mula membaca ayat.

setelah beberapa minit berlalu bomoh berkata "alamak. dia marahkan aku sebab bagitahu kepada kau la. aku rasa kau sendiri yang patut cuba minta ampun dengan si dia atas kesalahan yang tidak disengajakan itu"

setelah beberapa hari kemudian aku pun terfikir di dalam hati "jikalau itu sudah ditulis ajal aku melalui si dia (si makhluk halus) , apa aku nak buat. berserah sahaja kepada takdir. ada umur panjang aku hidup lama, jikalau sebaliknya ..... "

Wednesday, January 20, 2010

kesatuan kebangsaan pembantu tadbir kesihatan



sinar pahang edisi 18 januari 2010




sinar pahang edisi 19 januari 2010