KCFM Radio

Thursday, February 11, 2010

cerita terbaru

baru baru ini aku ada pergi berjumpa dengan seorang bomoh ... aku bertanyakan pada si dia mengapa aku berparut di belakang leher aku ... semakin hari semakin panjang .. sudah 5 tahun berlalu namun aku senyapkan sahaja ... tetapi bila aku berjumpa dengan si bomoh berkenaan dia berkata "ada orang marahkan kau nih. habis berparut belakang kau. ada kau pernah masuk ke dalam hutan ?" tanya si dia.

aku berkata "aku kan kaki pancing. memang biasa aku masuk ke dalam hutan" lalu dia berkata "engkau terlanggar rumah orang. sebab itulah dia marahkan kau, " kata bomoh berkenaan.

"boleh cuba ubatkan setakat mana yang termampu," kata aku.

"boleh," bomoh menyatakan persetujuan untuk cuba mengubati kelukaan aku lalu dia pun mula membaca ayat.

setelah beberapa minit berlalu bomoh berkata "alamak. dia marahkan aku sebab bagitahu kepada kau la. aku rasa kau sendiri yang patut cuba minta ampun dengan si dia atas kesalahan yang tidak disengajakan itu"

setelah beberapa hari kemudian aku pun terfikir di dalam hati "jikalau itu sudah ditulis ajal aku melalui si dia (si makhluk halus) , apa aku nak buat. berserah sahaja kepada takdir. ada umur panjang aku hidup lama, jikalau sebaliknya ..... "