Nana, the first girl I ever met in Langkawi in 2000. Camerons's girl and she's stays in Tanah Rata, Camerons Highlands. She was a lovely girl, very cute one persons.
Persahabatan dia dengan aku memang akrab, sehinggakan dia sanggup meninggalkan rakan-rakannya semata-mata hendak berjalan dengan aku. Sehinggalah satu masa aku terpikat dengan cara dan tingkah laku dia.
Malam itu waktu pertemuan aku dengan dia dengan tiada ditemani oleh orang lain aku ada menyatakan kepadanya bahawa aku amat suka padanya tetapi aku tidak menanyakan kepada si dia mengenai perasaannya kepada aku. Tetapi pada malam itu aku mengatakan bahawa pada perasaan aku dia memandang aku hanya sebagai KAWAN lalu aku bercakap padanya "Lebih baik kita menjadi KAWAN sahaja".
Keesokannya ia seolah-olah hendak melarikan diri daripada aku. Sehinggakan ia tidak mahu berjumpa dan bersembang dengan aku.
Apa sudah terjadi?? Adakah ia terasa dengan pernyataan aku pada malam itu? Apakah ia ingin mengelakkan CINTA itu terjadi antara kami berdua? Apa yang diselindungkannya?
Sehinggakan hari ini aku berasa amat bersalah atas pernyataan aku. Maafkan aku. Seandainya aku dapat bertemu muka dengan si dia aku ingin memohon keampunan yang amat sangat daripadanya.