KCFM Radio

Tuesday, June 13, 2017

bukti

 

ulang tahun ker .... 2017-2006 = 11thn ?? - disebalik cerita

salam 1 malaysia kepada semua pembaca-pembaca blog aku .. pada hari ini 13 jun 2017 aku membaca sebahagian dari warkah-warkah nukilan atau lebih tepat lagi disebut sejarah hidup aku di dalam blog ini ..

sedang-sedang aku membaca aku, teringat akan tarikh penciptaan halaman ini ... aku segera memeriksa post pertama yang aku siarkan .. 1 hb jun 2006 .. lantas aku terkilas satu idea .. idea untuk memberi satu ulasan atau kesimpulan terhadap penciptaan dan pengubahsuaian jalan cerita ..

kisah ini bermula ..

tahun 2000 : kisah aku bermula di umahsewa (lokasinya akan ku ceritakan kemudian) .. aku mengenali seorang gadis .. keluarganya berasal dari perak tapi ia lahir dari negeri sembilan terus menetap dan membesar di kuala lumpur untuk sekian lamanya ..

setelah aku mengenalinya dengan agak lama lantas dia perkenalkan aku kepada laman blogspot ini .. dia menceritakan kelebihan dan kekurangan laman blog ini .. di sini dapat kita muatkan satu cerita samaada ianya adalah rekaan semata-mata atau kita boleh buatkan laman ini sebagai satu diari .. diari hidup kita ..

aku rasa teruja .. kerana aku juga suka menulis .. biarpun aku tiada bakat di dalam sastera .. aku banyak belajar darinya cara-cara untuk membuatkan satu nukilan , dari segi pemahaman , jalan cerita dan banyak-banyak lagi ..

dalam masa yang sama dia telah terpikat pada aku .. dan datang ke rumahku di pahang dengan hanya berbekalkan sedikit sahaja duit belanja .. aku terpaku dengan keikhlasannya dan ogos 2006 aku mengikatkan tali pertunangan aku dengan si dia .. umahsewa aku semakin lama semakin malap .. penghuninya kian berganti dan tidak duduk lama di dalamnya ..

masa kian masa berlalu aku tidak mengunjungi umahsewa aku .. apa khabarkah ia .. bagaimana keadaan sekarang .. tidak aku peduli .. aku menulis dan memenuhi laman ini dengan pengalaman dan cerita hidup aku ..

tanpa aku sedar .. ada seorang kawan aku menghidupkan kembali umahsewa .. dengan cahaya yang muram tapi dia rela bergadai masa dan ketika demi melihat umahsewa aku bersinar seperti dahulu ..

setahun berlalu .. aku dengan si gadis tidak sepetah dahulu .. tidak semesra seperti di awal pertemuan .. pertunangan kami putus di tengah jalan ..

aku teruskan jua laman blog ini .. walaupun semangatku sudah tiada ..

2017

aku kembali ke umahsewa ku .. umahsewa sudah lama tiada penghuni .. aku terduduk di situ .. mengenangkan kembali cerita-cerita lama .. suka duka tawa dan tangis manja penghuni .. aduh .. ku teruskan perjalanan .. aku membuat persinggahan di kampung baru .. dan aku membuat satu lagi cawangan umahsewa .. sedikit sahaja penghuni yang mahu bertandang .. tapi aku relakan sahaja .. kerna niat di hati hanyalah untuk mengenangkan umahsewa lama .. aku rindukan engkorang ..

namun pada tarikh ini .. 13 jun 2017 sudah genap 11 tahun usia laman blog ini .. laman cerita suka dan duka hidup aku .. seorang insan yang bernama k-ay .. aku akan setia mengunjungi umahsewa .. kerna dari umahsewa itulah wujudnya laman feldablues.blogspot.com - It's The Place Where I Start To Learn,, Learn To Crawl,, Learn To Stand,, Learn To Make A Step,, Learn To Stand up After I Fall,, Learn To Be Stronger