Seperti bentuk angka lapan yang berpusing pusar, orang bernombor lapan ini hidupnya penuh dengan bebanan dan tanggungjawab. Kamu jenis orang yang tidak banyak cakap tetapi lebih banyak bekerja. Pendek kata, boleh diharapkan untuk menjayakan sesuatu tugasan.
Ada kala, kamu agak pendiam dan konservatif, hanya teman-teman rapat yang mengenali kamu sebagai seorang yang ceria dan aktif. Kamu sangat dikenali dengan disiplin diri, sistematik, berwawasan, suka berfikir, kreatif, tahan tekanan, bijak mengurus, dan sentiasa disenangi kerana sikap yang memahami masalah dan perasaan orang lain. Kamu sentiasa menjadi harapan sesiapa sahaja. Dalam kerja berkumpulan, kamu dilihat suka bekerjasama dan mahu menguasai. Tidak berkira dan sentiasa mempertahankan kawan-kawan. Semangat kamu sentiasa tinggi dan tidak suka berpura-pura.
Walaupun sistematik, ada kala kamu masih kabur dengan apa yang ingin dilakukan. Kamu lekas hilang fokus jika terlalu banyak perkara ingin dilakukan dalam satu-satu masa. Ramai melihat kamu seorang yang kuat secara luaran, hakikatnya dalaman kamu amat lembut dan mudah terusik.
Sikap terlalu berhati-hati ada kala merugikan diri kamu kerana terlepas banyak peluang. Saranan terbaik adalah hindarkan sikap suka bertangguh dalam menilai sesuatu peluang yang datang kerana peluang tidak menanti kamu. Walaupun kamu kurang sifat kewanitaan, namun kamu tetap disenangi pasangan lantaran sikap tanggungjawab dan sentiasa rela berkorban yang sangat dihargai.
PASANGAN DAN SAHABAT SERASI
Orang angka lapan pentingkan kesetiaan dan pantang jika kepercayaan kamu diracuni. Sekiranya kamu mahu mencari teman hidup atau berkasih sayang, cubalah berhubungan dengan individu yang berada di bawah angka empat, lima, tujuh atau lapan. Manakala, untuk mencari teman yang mudah memahami kamu, berkawanlah dengan mereka yang di bawah payung nombor tiga, empat, lima, tujuh dan lapan.
WARNA YANG BAWA TUAH DAN YANG MESTI DIELAKKAN
Warna yang membawa tuah kepada kamu ialah emas, perak dan putih. Elakkan warna biru dan hitam.
DARIPADA SEGI KEWANGAN
Rata-rata orang berangka lapan mempunyai ekonomi yang kukuh. Semua itu, kamu perolehi hasil daripada usaha sendiri. Kamu tidak akan memperoleh sesuatu itu dengan mudah dan peluang percuma semata-mata. Kestabilan kewangan bergantung penuh pada ketekunan kamu mencari wang. Daripada aspek kesihatan, kamu cepat dilanda tekanan dan hati mudah terusik yang mencelarukan kesihatan diri. Cenderung menghadapi masalah kaki, gigi dan telinga, rheumatiusma dan kelumpuhan. Apabila sakit, kamu mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh.
No comments:
Post a Comment