KCFM Radio

Tuesday, November 28, 2017

november 2017

Diari November 2017

3 haribulan

Aku p island
Cadangnya sok nak balik la
Tapi dia pujuk suh stay 1 hari
Then i follow her

4 haribulan

Ketika aku sedang tidur di hotel dia menelefon aku
Berkatakan mengenai status air naik di Pulau Pinang
Aku kuar dari hotel jam 6.30 pagi
tersangkut di dalam banjir hingga 9.30 pagi
ketika itu aku berada di area jalan dato keramat

11 haribulan

She come to my places
And we are planning so many things
We wanna make the dreams come true

12 haribulan

This time i am coming to her parents house
Aku nak mintak izin
Izin aku berkenalan dan berkawan dengan si dia
Dan aku juga berniat untuk memperisterikan si dia
Ibu dan bapanya tersenyum dan bersetuju
Tapi siap bagi ulasan
Ulasan tentang dirinya
Dan juga planning kami
Ulasan yang memberansangkan
Bukan untuk menjatuhkan niat kami itu

16 haribulan

Aku bergerak dari rumah aku ke Teluk Intan
Aku nak menghadiri majlia konvokesyen
Bermakna sudah tamatlah sesi Pra Persekolahan
Bagi Memey
Anak kedua si dia tu

Sampai aku di sana mama dan anak-anak masih belum hadir
Aku menunggu seketika
Kemudian sampailah mereka ke dewan itu
Pika berpakaian seperti orang dewasa
Memey masih berpakaian seragam
Mama tersenyum melihat kehadiran aku

Waktu sesi konvo bermula
Aku duduk bersebelahan dengan Pika
Mama hanya duduk di belakangku
Aku berborak sakan dengan Pika
Mama hanya mampu tergelak

Selesai majlis aku berjalan kaki dengan mama menuju ke kedai makan
Kami makan bersama
Sesudah makan kami pun pulang menuju ke kereta
Pika dan Memey bersalaman denganku

Waktu nak melangkah pergi
Kereta aku pula buat hal
Merata aku pergi mencari bengkel berjalan kaki
Then aku jumpe kemudian aku settelkan menda yang tertunggak

23 haribulan

Dia datang ke tempat aku
Mengucapkan selamat berjuang di perbatasan
Ahaks


24 haribulan

Aku ingin ke Kuantan untuk mengambil dokumen yang tersimpan.
Telah selesai di sana aku bergerak ke rumah orang tua aku di Muadzam Shah

Setibanya di sana aku dapati ibu dan bapaku tiada di rumah
Aku segera menghubungi adik beradik aku
Bertanyakan maklumat terhadap mereka
Rupanya mereka bertandang ke rumah jiran aku
Ada majlis kenduri kahwin

Abah kembali ke rumah dan menyuruhku segera hadir rewang di sana
Aku pun bergerak ke kenduri tersebut

25 haribulan

Aku pergi ke Segamat
Melawat anak saudara aku di Sekolah Tahfiz
Pergi bersama Man dan Lee

Sampai di sana aku berjumpa dengan Afiq
Aku segera bertanya mengenai kata-katanya kepada ibuku
Dia menangis
Aku segera memujuk dan memberi nasihat
Serta kata sokongan kepadanya
Untuk menghadapi cabaran hidup ini

26 haribulan

Aku bergerak ke Melaka
Berjumpa pula dengan Qalisha
Adik kepada Afiq

Aku pergi ke rumah adik aku Ashi di Sekolah Henry Gurney
Sampai di sana lebih kurang jam 3.30 petang
Aku jumpa Ashi, Sham dan Imah juga
Aku berborak seketika sebelum aku lena di buai mimpi petang
Adess

Malam itu aku makan bersama adik-adik aku
Sambil-sambil kami berbincang mengenai tarikh 14 dan 24 Disember ini
Sham merancang untuk mengambil homestay pada 23 dan 24 hb Disember itu
Aku angguk sahaja

Bercakap mengenai tarikh 14 hb pula
Imah dan Ashi berkata ingin pergi ke Teluk Intan
Mahu datang dan berkenalan dengan bakal kakak ipar mereka itu
Aku tergelak sahaja

Jam 10.00 malam aku bergerak ke Putrajaya
menghantar Sham balik ke rumah sewanya di Presint 9
kemudian aku terus menggerakkan diri aku pulang ke Kampar
Tiba di Kampar jam 4.58 pagi ..
Aku masuk tidur

27 haribulan

Aku ambil si dia di perhentian bas Kampar
Katanya mahu pergi ke Pulau Pinang
Aku terlewat 5 minit

Aku membawanya makan bakso di restoren
Disangkakan Bakso tulen dari Indonesia
namun isinya ditukarkan kepada mee hoon
Dia berfikir seketika ketika mahu membuat tempahan

Apabila dihidangkan bakso itu dia terus merasa kuahnya
Sedap..
Dan tersenyum kepadaku


No comments: