KCFM Radio

Tuesday, October 10, 2017

aku tersenyum lagi

aku tersenyum sendiri
melihat keletah dan gelagat ini
meranjau hidup yang penuh erti
yang sendiri aku tak pasti
adakah ia akan menjadi realiti

aku tersenyum indah
melawan rasa gundah
menahan segala resah
meliut melintuk mengikut angin sudah
hingga hampir punah ranah
dihentak gempa yang memanah

aku teruskan senyuman
kerana ku tahu adanya keindahan
di balik duka yang tidak tertahan
di balik rindu yang tidak keruan
di balik senyuman yang menawan

senyuman ini
memberiku suatu erti
menjawap semua persoalan ini
bahawa aku kini
.........

aku tersenyum lagi

No comments: