Pagi tadi aku terbangun
Aku lihat Putih bersamaku
Dia duduk berbaring di kaki
Aku angkat dia dan letak ke bawah
Kemudian aku lena kembali
Terjaga aku dari lena
Mataku masih layu
Aku tengok Putih masih bersama
Di tempat perbaringan aku
Dalam hati aku berkata
"biarkanlah dia di situ"
"dia mahu tidur rapat dengan aku"
Aku lena kedua kali
Seketika kemudian telefon berdering
Ku lihat nombor dan ku angkat telefon
Terdengar suara dia
Bersama adiknya di dalam kereta
Mahu ke Bukit Bendera katanya
Aku mengangguk dan mengatakan ya
Dia tergelak
Disambung dengan dua suara
Aku terkejut
Suara siapakah itu
Dia menjawap "ini Shida dan suaminya Ayan"
Aku terkelu, segan seketika
Sebab aku baru bangun tidur
Aku tersengih
Sambil sambil berborak dengan Shida
Sesi suai kenal telah berlaku
Aku berborak Shida membalas
Shida ramah dan pandai mengambil hati
Aku tergelak Shida mengekek
Bagai kami seumpama sudah lama kenal
Dia? =P
Dia cuma mendengar dihujung suara
Shida berkata padaku
Suaminya Ayan berasal dari Temerloh
Dan pandai memasak Ikan Patin
Ikan yang menjadi ikon bagi Daerah Temerloh
Berborak seketika dengan Ayan
Perbualan kami habis
Aku rasa seronok
Bercampur dengan segan pun ada
Walaupun seketika
Aku juga ingin mengenali keluarga si dia
Terima kasih ku ucapkan pada si dia
Sudi memperkenalkan ahli keluarga pada aku
Aku terasa sudah semakin dekat hubungan ini
Pada dia aku semakin rindu
Rindu yang amat sangat
Aku pandang si Putih
Aku tersenyum
Kau seolah memberikan satu petanda
Bahawa
Ada orang rindu padaku
Dan setia padaku
Aku tersenyum
Sambil menanam nekad
Aku kan menjaga senyuman ini
Senyuman yang diberikan pada ku
Terima kasih sayang
It's The Place Where I Start To Learn,, Learn To Crawl,, Learn To Stand,, Learn To Make A Step,, Learn To Stand up After I Fall,, Learn To Be Stronger
Saturday, October 07, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
a
If your name starts with the letter A, your personality traits reveal you are ambitious, courageous, confident, and determined. You like to ...
-
Terkadang aku terpikir .. jahat sangatkah aku ini sampai banyak sangat orang bencikan aku ??? Jahat sangatkah aku ini ?? Ape2hal pun aku tak...
-
: semlm aku dpt sms dr member baru .. girl .. ermmm die ckp "nak pupuk syg tak susah .. nak maintain rasa syg tu je yg problem .. ala...
-
31 Mei 2015 jam 11.00 am. ... ari tu perut aku rasa sakit ... terasa kembung aje ... nak nak lak aku aku sakit gastrik ... pagi tu lak aku t...
Uuu...Ayan Kate asal dia x termasuk Dlm list u...haha..tulis semula..kiki
ReplyDeleteOk2 sheena,, nanti i masukkan,, hihi terlupe mention tadik
Delete