Di Sebuah Rumah
Kring! Kring! Jam berbunyi. Sudah menunjukkan jam 5.50 pagi.
Ku terjaga dari lena. Mataku masih layu. Diulit badan menyiring ke kanan lalu terlena kembali. Sempat bermimpi kehadiran seorang perempuan yang baru dikenali. Berpakaian lengkap dan bertudung cantik. Wanita itu menuju ke arahnya.
Kring! Kring! Jam berbunyi lagi.
Aku terus bangun dari tidurnya lantas mencapai tuala untuk mandi. Sempat menjeling jam yang tergantung. Terlihat seekor rama-rama terbang di dalam bilik "Macam ada orang akan datang rumah ini," bisik hatiku.
Ketika menjiruskan air ke tubuh aku terfikir siapakah yang akan datang ke rumahku. Adakah dia atau seorang insan yang lain. Aku kelu.
Selesai mandi aku menyarungkan baju dan segera menunaikan solat. Ketika berdoa terlintas di hati agar cepat dipertemukan pasangan hidup. Aku tidak rela lagi duduk bersendirian tidak terurus. Makan pakaiku tidak terjaga dengan sempurna.
Jam menunjukkan jarumnya menandakan sudah 7.35 pagi. Aku mencapai segala perkakas peribadi dan segera keluar rumah. Aku menunggang motornya menghala ke pejabat.
Setibanya di lokasi terus ia pergi mengetik kad perakam waktu membuktikan kehadiranku untuk bertugas. Diseluk saku seluar dan mengeluarkan telefon bimbit. Dipetik skrin sentuh telefon mencari aplikasi Whats App dan segera membukanya. Terlihat satu status baru dan segera menekannya untuk dibaca.
Aku membaca petikan status itu. Selesai membaca aku terus memberi komen "Terpulang kepada penulis untuk membuat keputusan. Sememangnya kita manusia tidak pernah lepas dari salah dan silap serta lupa. Kita juga telah diberikan beberapa pintu untuk dibuka yang mana kita akan tersalah ketika mahu membuka salah satu dari pintu-pintu itu".
Tidak sampai 5 minit telefon berdering. Satu mesej diterima. Aku membuka untuk membaca mesej itu.
"You, kita masih kawan ok?" sambil memberikan simbol senyum.
"Entahlah, tadi masa solat subuh wa membaca doa seperti apa yang lu tulis dalam status itu," aku membalas dalam teks mesej "Padahal wa baru tengok telefon,"
"Oh! Begitukah rasa kita?"
Di Awal Pertemuan
Aku pergi ke Kedai Pak Ngah, hendak bersarapan. Sampai di situ "abang, air biasa satu. Minum," aku berkata kepada Pak Ngah. "Ok siap, " sahut Pak Ngah.
Aku dengan lantas pergi mengambil makanan pilihan aku. Makanan yang biasa aku makan di waktu pagi. Nasi putih berlaukkan masak limpa goreng berlada. Aku terus pergi ke maja untuk menjamah sarapan.
Selesai makan aku terus menyalakan sebatang rokok. Sudah menjadi kebiasaan aku setelah makan. Aku memandang kepada telefon bimbit. Sunyi dari sebarang bunyi-bunyian. Aku mengambilnya dan membuka aplikasi Irccloud, log masuk dan terus pergi ke halaman yang aku lawati tiap hari. Kampung Chat FM.
"!find Ken Hensley," aku menaip masuk mencari lagu kegemaranku.
Satu memo diterima "Found 1 match - !request 1: Ken Hensley - Lady In Black.mp3. Copy and Paste !request # or !request FILENAME into the channel to request a song," Aku membalas "!request 1,"
"Apa wa lu wa lu?" kelihatan satu teks muncul di skrin. "Apa maksud wa lu wa lu ini?". Aku senyapkan sahaja. Tidak terdetik hendak membalas petikan teks itu.
"Sedapkah gelaran wa lu wa lu ini?. Macam pelik saja aku rasa," sambung teks itu lagi. Aku terpana. Kelihatan teks itu datang dari seorang pengunjung di aplikasi itu. Anastasia nama gelarannya. Terfikir di benak hati apakah budak ini tidak pernah tahu asal usul gelaran wa lu wa lu ini.
"Aduhai," gelakku sendirian. Melihatkan kelatah manusia di dalam laman maya ini. Aku membuka aplikasi iTunes di dalam telefon bimbitku dan mencari siaran radio KCFM. Aku mahu mendengarkan lagu permintaanku itu. Aku melayani perasaan di pagi itu sehingga lagu permintaan itu diputarkan. Aku lentok seketika mendengar lirik lagu yang berkumandang.
Selesai kejadian aku kembali ke pejabatku untuk meneruskan kerja-kerja aku yang tergendala.

No comments:
Post a Comment