Wednesday, October 11, 2017

Dua Rasa

Cerita bermula

Di Sebuah Rumah

Kring! Kring! Jam berbunyi. Sudah menunjukkan jam 5.50 pagi.

Ku terjaga dari lena. Mataku masih layu. Diulit badan menyiring ke kanan lalu terlena kembali. Sempat bermimpi kehadiran seorang perempuan yang baru dikenali. Berpakaian lengkap dan bertudung cantik. Wanita itu menuju ke arahnya.

Kring! Kring! Jam berbunyi lagi.
Aku terus bangun dari tidurnya lantas mencapai tuala untuk mandi. Sempat menjeling jam yang tergantung. Terlihat seekor rama-rama terbang di dalam bilik "Macam ada orang akan datang rumah ini," bisik hatiku.

Ketika menjiruskan air ke tubuh aku terfikir siapakah yang akan datang ke rumahku. Adakah dia atau seorang insan yang lain. Aku kelu.

Selesai mandi aku menyarungkan baju dan segera menunaikan solat. Ketika berdoa terlintas di hati agar cepat dipertemukan pasangan hidup. Aku tidak rela lagi duduk bersendirian tidak terurus. Makan pakaiku tidak terjaga dengan sempurna.

Jam menunjukkan jarumnya menandakan sudah 7.35 pagi. Aku mencapai segala perkakas peribadi dan segera keluar rumah. Aku menunggang motornya menghala ke pejabat.

Setibanya di lokasi terus ia pergi mengetik kad perakam waktu membuktikan kehadiranku untuk bertugas. Diseluk saku seluar dan mengeluarkan telefon bimbit. Dipetik skrin sentuh telefon mencari aplikasi Whats App dan segera membukanya. Terlihat satu status baru dan segera menekannya untuk dibaca.

Aku membaca petikan status itu. Selesai membaca aku terus memberi komen "Terpulang kepada penulis untuk membuat keputusan. Sememangnya kita manusia tidak pernah lepas dari salah dan silap serta lupa. Kita juga telah diberikan beberapa pintu untuk dibuka yang mana kita akan tersalah ketika mahu membuka salah satu dari pintu-pintu itu".

Tidak sampai 5 minit telefon berdering. Satu mesej diterima. Aku membuka untuk membaca mesej itu.

"You, kita masih kawan ok?" sambil memberikan simbol senyum.

"Entahlah, tadi masa solat subuh wa membaca doa seperti apa yang lu tulis dalam status itu," aku membalas dalam teks mesej "Padahal wa baru tengok telefon,"

"Oh! Begitukah rasa kita?"

Di Awal Pertemuan

Aku pergi ke Kedai Pak Ngah, hendak bersarapan. Sampai di situ "abang, air biasa satu. Minum," aku berkata kepada Pak Ngah. "Ok siap, " sahut Pak Ngah.

Aku dengan lantas pergi mengambil makanan pilihan aku. Makanan yang biasa aku makan di waktu pagi. Nasi putih berlaukkan masak limpa goreng berlada. Aku terus pergi ke maja untuk menjamah sarapan. 

Selesai makan aku terus menyalakan sebatang rokok. Sudah menjadi kebiasaan aku setelah makan.  Aku memandang kepada telefon bimbit. Sunyi dari sebarang bunyi-bunyian.  Aku mengambilnya dan membuka aplikasi Irccloud, log masuk dan terus pergi ke halaman yang aku lawati tiap hari. Kampung Chat FM. 

"!find Ken Hensley," aku menaip masuk mencari lagu kegemaranku.
Satu memo diterima "Found 1 match - !request 1: Ken Hensley - Lady In Black.mp3. Copy and Paste !request # or !request FILENAME into the channel to request a song,"  Aku membalas "!request 1,"

"Apa wa lu wa lu?" kelihatan satu teks muncul di skrin. "Apa maksud wa lu wa lu  ini?". Aku senyapkan sahaja. Tidak terdetik hendak membalas petikan teks itu.

"Sedapkah gelaran wa lu wa lu ini?. Macam pelik saja aku rasa," sambung teks itu lagi. Aku terpana. Kelihatan teks itu datang dari seorang pengunjung di aplikasi itu. Anastasia nama gelarannya. Terfikir di benak hati apakah budak ini tidak pernah tahu asal usul gelaran wa lu wa lu ini.

"Aduhai," gelakku sendirian. Melihatkan kelatah manusia di dalam laman maya ini. Aku membuka aplikasi iTunes di dalam telefon bimbitku dan mencari siaran radio KCFM. Aku mahu mendengarkan lagu permintaanku itu. Aku melayani perasaan di pagi itu sehingga lagu permintaan itu diputarkan. Aku lentok seketika mendengar lirik lagu yang berkumandang.

Selesai kejadian aku kembali ke pejabatku untuk meneruskan kerja-kerja aku yang tergendala.



Tuesday, October 10, 2017

aku tersenyum lagi

aku tersenyum sendiri
melihat keletah dan gelagat ini
meranjau hidup yang penuh erti
yang sendiri aku tak pasti
adakah ia akan menjadi realiti

aku tersenyum indah
melawan rasa gundah
menahan segala resah
meliut melintuk mengikut angin sudah
hingga hampir punah ranah
dihentak gempa yang memanah

aku teruskan senyuman
kerana ku tahu adanya keindahan
di balik duka yang tidak tertahan
di balik rindu yang tidak keruan
di balik senyuman yang menawan

senyuman ini
memberiku suatu erti
menjawap semua persoalan ini
bahawa aku kini
.........

aku tersenyum lagi

Saturday, October 07, 2017

putih

Pagi tadi aku terbangun
Aku lihat Putih bersamaku
Dia duduk berbaring di kaki
Aku angkat dia dan letak ke bawah
Kemudian aku lena kembali

Terjaga aku dari lena
Mataku masih layu
Aku tengok Putih masih bersama
Di tempat perbaringan aku
Dalam hati aku berkata
"biarkanlah dia di situ"
"dia mahu tidur rapat dengan aku"
Aku lena kedua kali

Seketika kemudian telefon berdering
Ku lihat nombor dan ku angkat telefon
Terdengar suara dia
Bersama adiknya di dalam kereta
Mahu ke Bukit Bendera katanya
Aku mengangguk dan mengatakan ya
Dia tergelak
Disambung dengan dua suara

Aku terkejut
Suara siapakah itu
Dia menjawap "ini Shida dan suaminya Ayan"
Aku terkelu, segan seketika
Sebab aku baru bangun tidur

Aku tersengih
Sambil sambil berborak dengan Shida
Sesi suai kenal telah berlaku
Aku berborak Shida membalas
Shida ramah dan pandai mengambil hati
Aku tergelak Shida mengekek
Bagai kami seumpama sudah lama kenal
Dia? =P
Dia cuma mendengar dihujung suara

Shida berkata padaku
Suaminya Ayan berasal dari Temerloh
Dan pandai memasak Ikan Patin
Ikan yang menjadi ikon bagi Daerah Temerloh
Berborak seketika dengan Ayan

Perbualan kami habis
Aku rasa seronok
Bercampur dengan segan pun ada
Walaupun seketika
Aku juga ingin mengenali keluarga si dia

Terima kasih ku ucapkan pada si dia
Sudi memperkenalkan ahli keluarga pada aku
Aku terasa sudah semakin dekat hubungan ini
Pada dia aku semakin rindu
Rindu yang amat sangat

Aku pandang si Putih
Aku tersenyum
Kau seolah memberikan satu petanda
Bahawa
Ada orang rindu padaku
Dan setia padaku
Aku tersenyum
Sambil menanam nekad
Aku kan menjaga senyuman ini
Senyuman yang diberikan pada ku

Terima kasih sayang



memori indah

pertemuan bermula di alam maya
berjumpa pula di dalam realiti ..
sungguh fikiran tidak terduga
sudah terbuka pintu hati ..


tingkah dan keletah yang mencuit
mengubati perasaan yang telah lama sakit ..
disaluti rasa kosong dan sempit
 kini dipenuhi bunga yang makin membukit .. 

gembira sungguh waktu bersama 
dipenuhi dengan gelak ketawa ..
sambil mengulit kenangan lama 
dijadikan pedoman untuk setia ..


janji bertatih janji
kata terpatri kata ..
 senyuman silih berganti 
hajat di hati tercapai jua ..

hari demi hari dilalui berdua
tersenyum indah tika bersama
menanamkan rasa rindu di dada
memberikan rasa hidup dalam bahagia


rindu bukan kepalang 
menghitung hari hari mendatang
sambil menunggu hari yang dirancang
kepulangan puteri di rantau orang

menyemai kasih yang diimpikan
dengan harapan yang meninggi
terima kasih penulis ucapkan 
pabila sudi menjengah insan ini

Sunday, October 01, 2017

doa

andai kami ada jodoh ya Allah .. sila pertemukan kami .. rapatkanlah hubungan ini .. satukanlah jiwa dan perasaan kami .. agar kami jauh dari segala maksiat dan salah silap .. yang akan merosakkan kami ..

ya Allah .. aku bermohon padamu .. dengan seikhlas-ikhlas hati ku .. akan ku tunaikan segala janji-janjiku padamu ya Allah .. andai aku memungkiri janji ini .. hukumlah aku ya Allah .. dengan seberat-berat hukuman .. 

rabbana aatina fiddun yaa hasanah wa fil aakhirati hasanah wa qinaa a'zaaban nar 

Saturday, September 30, 2017

sabarlah wahai hati

menari aku dalam gelisah
lagi lagi lagi ku menangis…
meski hati sering dilukai
takkan menyerah aku mencari cinta …aaaa
sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang la jiwa iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu
sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenanglah jiwa
sabarlah wahai hati ….
jangan menangis …

Diari Semlm

7.35 pagi : aku terbangun !

alamak ! aku terlewat bangun .. nak p kojo nak p kojo
aku mandi² and terus p kojo
aku send msj yg aku bz

7.55 pagi : aku sampai pejabat

aku dah siap punch
aku naik ke meja aku
aku ambil 1 dokumen
aku jumpe boss aku and berbincang seketika
aku keluar ke meja aku
aku teringat aku tak pakai stokin lagi
aku cabut kasut
aku amik 1 dokumen dan aku serah kan pada anak buah aku
aku ckp something kat dia .. dia angguk
aku patah ke meja aku balik
aku tgk boss ada kat meja aku
die tegur " uit ! mana kasut ? "
aku ckp kat bawah meja " nak pakai stokin jap , "
die tersenyum sambil tertunduk
anak2 buah aku gelak sakan .. bukan sorang .. tp tiga
depa ckp kat aku skang kita kat zaman moden .. pakai ler kasut ..
aku huhuhu jer .. pagi pagi kene gelak .. adess
bincang2 ngan boss sat .. pastu aku pakai stokin n kasut aku
anak buah aku ngekek lagi
adess

8.55 pagi : aku p gopeng

aku gerak p sana naik motor aku ..
sampai jam 9.10 gitu
aku nye rempit .. huhu nak sampai cepat .. aku nak selesai keja cecepat
sampai2 sana aku terus p lokasi
sampai kat lokasi aku jumpe pakcik
aku tanye die mana collection pada minggu ni
die amik dokumen2 berkenaan dan serah kat aku
aku pon baca dan buat kira2
sedang2 aku dok tgk menda alah tuh pakcik tegur aku
die nak tanye sal isu rumah
aku n dia pot pet pot pet kan 25 minit gitu
aku sambung wat kije aku balik sampai siap

10.05 pagi : aku p mkn

masa aku nak keluar dari lokasi tadik aku jumpe azaha
aku gurau2 ngan die
" cik azaha .. dengar kata ko tak puas ati ngan aku "
die pandang aku " hoh ! ko ada kat sini "
" jom p mkn .. kat belakang " sambung dia lagi
aku yer kan jer .. maklumler aku tak mkn lagi ..
aku tanye " sape payung ? "
die angkat kening jer .. jadik nye aku ler yg kene payung .. adess .. nyesal tanye

( aku da ler kene angin gastrik da tiga ari da
kes aku mkn lewat noe ari senin lepas .. makan ari tuh aku mkn jam 8 mlm
esoknye aku angin tak putus putus ..
bila aku asik sendawa je aku jadi kurang selera mkn
jadik perut aku kosong jer .. hurmm .. )

masa mkn2 cik azaha suh aku cek usus perut aku ngan kamera
dia takut gastrik aku da makin parah
aku terkejut
aku da la phobia ngan jarum2 .. waaaaa ..
cik azaha tgk aku takut2 die lagi rajin nyakat aku
aku tgk jam

10.47 : aku bgtau cik azaha aku nak p rtc

die angguk jer
bila aku nak bayar makan tokey kedai bgtau " wan bayar ,"
aku garu kepala je ..

aku terus gerak p rtc
sampai rtc 11.10
aku p ke lokasi aku jumpe amirul
" la .. bukan ko kat kampar ker ? "
" aku ganti amin ler . "
" ko buat pe dtg sini ? "
" amik collection minggu ni ler ,"
" amin tak bgtau aku pon ,, jap jap aku roger dia , "

aku p amik2 dokumen
aku wat kojo2 aku
sampai selesai
tgk jam 11.43
adess ,, tak nyompat aku nak balik kampar ni
aku nak serah collection kpd kepala aku ..
" jom p isap rokok jom , "
" aku takde stok ler , "
" holamak ! rokok aku baru abih masa mkn kat gopeng tadik , "
" jom jom .. p kedai kat sinar iman jom , "
" naik keta aku, "
" ok jom , "

sampai2 sinar iman aku p beli rokok
amirul order kan maggi goreng kat aku ngan milo ais
da siap beli rokok aku dtg kat amirul
aku tgk hp aku
no updated ( whats app ler )
" jap aku nak tepon adik aku jap ,, semlm pagi2 ada org call umah , "
" aku takut le ade pe pe hal nak carik aku , "
" ok , "

aku hello kat man

" waalaikum salam ," jawap man ,, " tepon aku bakpe ? "
" semlm ada org tepon aku ,, angkat2 tak jawap ,, aku takut mak ler call , " aku bgtau
" mak ada kat pahang ler ,, senin kang datang umah aku ," man balas
" owh !! kalu camtu mak ok ler ? " aku sambung lagi " man ! lau ad aper2 roger roger ler aku kat sini , "
man kate " ok ler , mmg aku posmen ko pon , "

aku cek hp aku
loh ,, lupo on data ,, ampaih jo ,,
aku on data
mesej masuk suh aku ati2
aku balas balik "lupe on data ,, patut le tgk whats app senyap jer "
takde reply .. mgkn bz kot .. double kot ari ni

amirul belanja aku mkn maggi tuh ,, hahah ,, aku gelak jer
siap2 mkn aku nak balik kampar
aku ckp kat mirul ari nak ujan
" tu la ko ,, suh naik keta ko tamo , "
" keta takde ler ,, tu yg aku dtg ngan motor tuh , "

aku cek minyak motor
adess tinggal sikit
" jap g arr ,, samp sana kang aku isik ler , " bisik aku
tengah2 jalan hujan lebat .. lenjun aku ,, adess
sampai kampar 1.30 tghri
" lepas aku jumaat ni ,, adess ,,
aku tukaw baju len

2.45 petang : aku p pejabat balik

aku p jumpe boss bincang2 sikit
siap bincang aku tgk jam 3
aku gerak p lokasi len lak
nak anta collection .. pastu nak bincang ngan haris
pot pet pot pet kat sejam ..
call masuk
iliani tepon aku suh anta repot segera
aku ckp aku kat luar nih
samp opis kang aku anta ler report tuh
ok jer kate dia

aku balik p pejabat aku
tekak dahaga
perot rase kosong
aku singgah beli pisang goreng ngan air nescafe o ais
siap2 bungkus aku p pejabat

sampai pejabat aku jumpe boss
bgtau ler hasil discussion aku ngan haris
die tatau nak ckp per per
die kate buat je mane2 yg terbaik
aku yer kan jer

tgk jam 4.30 ..
aku siap2 kan repot aku samp jam 4.55
aku send by email kat iliani nuh ..

5.05 : aku punch balik

ari ujan kat luar
adess ,, aku redah jer la
basah balik baju aku
adess

sampai2 umah aku terus bukak baju masuk dlm mesin
aku amik baju2 dalam bakul tuh aku masuk dlm mesin gak
aku isi air .. sabun .. pewangi ..
aku nak basuh baju sat
sambil2 tunggu air penuh aku main dat sat

air penuh jer aku terus spin mesin aku
aku tgk dapur
huhuh .. bersepah
aku amik penyapu aku sapu lantai
mimi datang kaco aku
die terbalikkan tong sampah aku
aku kuk kapla dia
aku marah kat dia
sape ajor jd camni
huhuh

tetibe aku rase kaki aku kene cuit
bongsu cuit kaki aku
aku angkat dia
aku gosok2 belakang die
aku ckp " alahai ,, memujuk aku ekk ? "
adess aku letak die atas lantai

aku p amik makanan kucing aku bg depa mkn
depa lapor kot tadik
adess aku nih

aku log in irc sat
aku tgk die ada .. aku ckp hi kat dia
aku tgk j pon ade
aku bg simbol love
aku saje nak ngusik2 ..

sekali die majuk
aku terdiam
aku senyap je
( dalam ati nak je aku p sane dok kat depan pintu opis tempat die kije )
( aku ckp tak kisah ler die nak jumpe aku ke tak )
( yg penting aku da samp sane )
( bila samp sana aku nak snap pic opis die and aku anta kat whats app )
( bab tdo kalu aku ngantuk sgt aku nak p tdoq dlm keta ,, kat tepi pantai )
( aku da biasa da tdoq dlm keta nih )

( aku kira2 duit dlm poket )
( ada 200 jer )
( cukup ker aku nak p sane )
( adess )
( aku nak mkn per bulan nih lau aku p sana )
( aku windu kat dia benaqnya )
( aku tatau ler die tau ke tak )
( tapi yang penting aku tau ati aku )
( kata ati aku andai betui ia jodoh aku percepatkan ler )
( aku tamo gaduh2 camni )
( huhu )

8.00 malam : aku tdo

aku ngantok sgt ..

2.00 : aku terbangun

aku p tgk mesin basuh
aku p bilas kain2 baju yang basuh semlm
aku tgk whats app sepi
aku kata biaq la .. kalu ada ada .. kalu tak da emm aku camnih ler ..

ok sampai sini aku stop dulu
sok sok sambung lagi
( kalo ade modai ler )
adess















a

If your name starts with the letter A, your personality traits reveal you are ambitious, courageous, confident, and determined. You like to ...