pertemuan bermula di alam maya
berjumpa pula di dalam realiti ..
sungguh fikiran tidak terduga
sudah terbuka pintu hati ..
berjumpa pula di dalam realiti ..
sungguh fikiran tidak terduga
sudah terbuka pintu hati ..
tingkah dan keletah yang mencuit
mengubati perasaan yang telah lama sakit ..
disaluti rasa kosong dan sempit
kini dipenuhi bunga yang makin membukit ..
gembira sungguh waktu bersama
dipenuhi dengan gelak ketawa ..
sambil mengulit kenangan lama
dijadikan pedoman untuk setia ..
janji bertatih janji
kata terpatri kata ..
senyuman silih berganti
hajat di hati tercapai jua ..
hari demi hari dilalui berdua
tersenyum indah tika bersama
menanamkan rasa rindu di dada
memberikan rasa hidup dalam bahagia
rindu bukan kepalang
menghitung hari hari mendatang
sambil menunggu hari yang dirancang
kepulangan puteri di rantau orang
menyemai kasih yang diimpikan
dengan harapan yang meninggi
terima kasih penulis ucapkan
pabila sudi menjengah insan ini



2 comments:
Aduh seribu Kali aduh..pembaca ingin Menangis di sini tatkala membaca nukilan penulis di sana..tengss kerana menghargai pembaca di sini...I'm counting days to see u again..I don't know when..but the days will come..Mrs AssA
kepada pembaca penulis akan selalu menghargai pembaca .. kerana setelah kian hati ini berduka pembaca datang mengubat lara .. penulis juga menunggu hari bahagia .. dan insya allah akan setia hingga ke hujung nyawa ..
Post a Comment