KCFM Radio

Saturday, October 07, 2017

putih

Pagi tadi aku terbangun
Aku lihat Putih bersamaku
Dia duduk berbaring di kaki
Aku angkat dia dan letak ke bawah
Kemudian aku lena kembali

Terjaga aku dari lena
Mataku masih layu
Aku tengok Putih masih bersama
Di tempat perbaringan aku
Dalam hati aku berkata
"biarkanlah dia di situ"
"dia mahu tidur rapat dengan aku"
Aku lena kedua kali

Seketika kemudian telefon berdering
Ku lihat nombor dan ku angkat telefon
Terdengar suara dia
Bersama adiknya di dalam kereta
Mahu ke Bukit Bendera katanya
Aku mengangguk dan mengatakan ya
Dia tergelak
Disambung dengan dua suara

Aku terkejut
Suara siapakah itu
Dia menjawap "ini Shida dan suaminya Ayan"
Aku terkelu, segan seketika
Sebab aku baru bangun tidur

Aku tersengih
Sambil sambil berborak dengan Shida
Sesi suai kenal telah berlaku
Aku berborak Shida membalas
Shida ramah dan pandai mengambil hati
Aku tergelak Shida mengekek
Bagai kami seumpama sudah lama kenal
Dia? =P
Dia cuma mendengar dihujung suara

Shida berkata padaku
Suaminya Ayan berasal dari Temerloh
Dan pandai memasak Ikan Patin
Ikan yang menjadi ikon bagi Daerah Temerloh
Berborak seketika dengan Ayan

Perbualan kami habis
Aku rasa seronok
Bercampur dengan segan pun ada
Walaupun seketika
Aku juga ingin mengenali keluarga si dia

Terima kasih ku ucapkan pada si dia
Sudi memperkenalkan ahli keluarga pada aku
Aku terasa sudah semakin dekat hubungan ini
Pada dia aku semakin rindu
Rindu yang amat sangat

Aku pandang si Putih
Aku tersenyum
Kau seolah memberikan satu petanda
Bahawa
Ada orang rindu padaku
Dan setia padaku
Aku tersenyum
Sambil menanam nekad
Aku kan menjaga senyuman ini
Senyuman yang diberikan pada ku

Terima kasih sayang



2 comments:

Unknown said...

Uuu...Ayan Kate asal dia x termasuk Dlm list u...haha..tulis semula..kiki

feldablues said...

Ok2 sheena,, nanti i masukkan,, hihi terlupe mention tadik